Ahad, 20 Mac 2011

ALLAH berbicara dengan manusia...

Allah berbicara dengan manusia dalam 3 cara. Kaedah yang pertama adalah dengan Al-Quran. Dalam kitab yang agung ini, manusia dijelaskan akan asal-usul kehidupan, hakikat penciptaan dan kehidupan selepas kematian serta panduan kehidupan diatas muka bumi. Kehidupan berlandaskan Al-Quran ini diterjemahkan oleh rasulnya yang mulia, Muhammad S.A.W. Namun ramai manusia mengabaikan kalam agung ini, hatta kaum muslimin sendiri. Yang membacanya pun ramai yang seperti burung kakaktua yang mengungkapkan kalam indah yang tidak difahaminya.

Kaedah yang kedua adalah dengan bahasa keunikan dan keindahan ciptaannya. Keseimbangan ekosistem alam, keharmonian peredaran bumi dan planet-planet di atas orbit tanpa tersasar walaupun 1 cm. Bahkan di dalam diri manusia sendiri terserlah kehebatan dan keunikan ciptaan Allah, jantung yang terus menerus taat berdegup, buah pinggang yang setia menjadi penapis segala sisa-sisa yang tidak diperlukan, keharmonian segala organ tubuh badan manusia adalah antara tanda kebesaran yang sering diabaikan. Namun manusia sering mengabaikan bicara bahasa ciptaan ini. Lebih malang ada yang mendakwa bahawa segala-galanya terjadi sendiri. Sungguh tidak masuk akal!

Kaedah yang ketiga adalah melalui siri-siri peringatan yang didatangkan dalam bentuk yang pelbagai, mungkin dalam bentuk musibah yang melanda diri dan yang paling menggerunkan adalah mungkin apabila datang dalam bentuk bencana alam yang memusnahkan. Tatkala datang bala seperti ini, ia menjadi pengajaran untuk hati-hati yang ingin kembali kepadanya agar kembali ingat dan melaksanakan tugas khalifah untuk memakmurkan bumi in

Tiada ulasan: