Selasa, 30 Ogos 2011

fakta2 menarik...

  • Interesting Facts All Around The World

  • Sekadar Hiasan
  • Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga
  • Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam
  • Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.
  • Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"
  • Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil
  • Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat
  • Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

Sekadar Hiasan
  • Hamster sangat suka makan cengkerik
  • Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.
  • Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.
  • Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras
  • Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit.

Sekadar Hiasan
  • Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor
  • Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.
  • Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.
  • Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.
  • Kuda Nil kentut melalui mulut.


Sekadar Hiasan
  • Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”
  • Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia
  • Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih

harga barang2 yang tak masuk akal...huhuhu

1. Satu box cokelat berharga $ 1,500,000



Le Chocolat menyediakan penganan cokelat pilihan disertai dengan koleksi berlian dari Simon’s Jewelery. Koleksi berlian yang dikemas dengan penganan coklat tersebut termasuk koleksi natural yellow dan blue diamond, permata dan saphire. Harga 1 box cokelat dengan berlian (atau lebih tepatnya berlian bonus coklat) ini adalah 1.500.000 us dollar ato sekitar 14,1 milliar rupiah saja.
Le Chocolat plus Simon's Jewelery

Le Chocolat plus Simon's Jewelery

2. Handphone berharga $1,300,000




Didesain oleh Peter Aloisson, Diamond Crypto Smartphone ini dibuat dari platinum dan emas dan memiliki 80 berlian di atasnya. Ada sekitar 50 berlian di bagian samping kiri dan kanan cover depan (10 diantaranya adalah blue diamonds), tombol navigasinya dihiasi dengan 28 berlian di sekelilingnya dan tombol navigasinya sendiri adalah berlian 1/2 karat. Tombol-tombol pada bagian sisinya juga berlian. Harganya $1,3 juta atau cuma sekitar 12,2 milliar
rupiah doang.
Diamond Crypto Smartphone

Diamond Crypto Smartphone

3. Hello Kitty berharga $163,000



Siapa yang tidak kenal hello kitty? Sanrio mengeluarkan miniatur hello kitty platinum dengan dimensi lebar 3,8 cm, tinggi 5,6cm dan berat 590 gr. Miniatur ini dihiasi dengan pita rambut yang terbuat dari batu mulia termasuk berlian, ruby, pink saphire, ametthys dan blue topaz. Miniatur ini dibanderol dengan harga 18,9 juta yen ($163.000) atau sekitar 1,5 miliar rupiah. Miniatur ini hanya tersedia 1 unit dan dijual di Mitsukoshi Departement Store di Tokyo. Mau beli…?????
Hello Kitty Platinum

Hello Kitty Platinum

4. Pizza berharga $1,000



Pizza termahal ini dibuat oleh Nino’s Bellissima Pizza di New York AS. Pizza sebesar 12 inchi ini berisi creme fraiche, chives, 8 ons 4 macam Petrossian caviar, 4 ons ekor lobster Maine yang diiris tipis, salmon roe, dan sedikit wasabi. Pizza ini terdiri dari 8 slices/potong jadi per potongnya $125 aja ato cuma sekitar 1.175.000 per potongnya.
Nino's Bellissima Pizza

Nino's Bellissima Pizza

5. Tas berharga $1.63 juta



pada 14 juni 2007 Ginza Tanaka memamerkan Tas Diamond Platinum ini pada sebuah pameran di tokyo. Handbag ini terbuat dari 100% platinum murni yang dihiasi dengan 2.182 berlian dengan total 208 karat. Handbag ini dibanderol dengan harga $1.630.000 ato sekitar 15,3 milliar rupiah. Busyet, 15 miliar bisa beli pabrik tas kalee… :P
Tas Diamond Platinum

Tas Diamond Platinum

6. Tequila berharga $225,000




Bisa anda bayangkan menghabiskan $225.000 (2,1 milliar rupiah) untuk membeli minuman? Pada bulan juli 2006 Tequila Ley .925 menjual sebotol Platinum dan White Gold Tequila seharga $225,000 kepada seorang kolektor di Mexico City. Minuman ini dibuat dari 100% blue agave liquid yang telah berumur enam tahun. Perusahaan ini memenangkan Guiness Book of World Record untuk “Penjualan Minuman Termahal Di dunia”. Untuk kita yang “kurang mampu” membeli minuman yang Platinum, perusahaan ini juga menjual minuman dengan harga lebih ekonomis yaitu $150,000 (1,4 milliar rupiah) untuk jenis emas dan dan $25,000 (235 juta rupiah) untuk jenis perak emas. Ayoo mau beli yang mana?
White Gold Tequila

White Gold Tequila

7. Bola cricket berharga $68,000




Bola Cricket bertahta berlian ini diberikan sebagai hadiah pada Kejuaraan dunia Criket Best Indian and Best International Players at 2007 Cricket World Cup Tournament. Bola Cricket berlian ini dibuat oleh Gitanjali Gems Ltd. masing masing bola dilapisi dengan 5.728 buah berlian dengan nilai total $68.500 atau sekitar 643,9 juta rupiah.
Bola Cricket berlian

Bola Cricket berlian

8. TV Plasma berharga $130,000




Ya, daripada beli rumah baru, beberapa mobil, atau memberi makan anak-anak kelaparan mending beli TV ini saja (gile kalee yaa) :P . Yalos Diamonds LCD TV menghabiskan biaya $130,000 (1,2 milliar rupiah) tapi benar-benar worth it. Kenapa? LCD TV ini dilapisi emas dan 20 karat berlian.
Yalos Diamonds LCD TV

Yalos Diamonds LCD TV

9. Tea bag/ teh celup berharga $14,000



PG Tips adalah perusahaan Inggris yang membuat teh. Boodles Jewelers (perusahaan perhiasan terkemuka yang berpusat di inggris) membuat Tea bag (teh celup) berlapis berlian pada perayaan ulang tahun PG Tips ke 75. Tea Bag ini dibuat handmade menggunakan 280 berlian dengan nilai sekitar $14,000atau sekitar 131,6 juta perak doang.
Tea Bag Boodles Jewelers

Tea Bag Boodles Jewelers

10. Gundam character berharga $41,000



Ginza Tanaka Jewelers Jepang dan perusahaan mainan Bandai Co. menciptakan miniatur dari tokoh animasi jepang yang terkenal “GUNDAM”. Gundam adalah seri animasi jepang terpanjang. Miniatur ini berbobot 1,400gr dan tinggi 13cm. Terbuat dari Platinum murni yang menjadi dasar nama miniatur ini yaitu “GUNDAM FIXED PLATINUM”. Miniatur ini dibanderol dengan harga $41.468 atau cuma sekitar 389,7 juta rupiah saja.
GUNDAM FIXED PLATINUM

GUNDAM FIXED PLATINUM

11. Tempat parkir $225,000

Mungkin anda memerlukan tempat parkir ini jika anda hidup di Manhattan AS. Tapi dengan $225,000 mungkin anda lebih baik beli ferrari dan hidup di tempat lain. Di Manhattan yang lahannya sangat terbatas parkir dianggap sebagai real estate, orang bahkan sampai waiting list untuk mendapatkan tempat parkir seharga ($225,000). Bahkan orang yang tidak mempunyai kereta pun membeli spot tempat parkir ini untuk pelaburan.

12. Bra USD2 juta



Bra bernilai USD 2 juta dollar Amerika sedang diperagakan oleh seorang model , Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Bra yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata , dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia.

13. Setem - The Three-Skilling Yellow: $ 2.3 million



Setem The Three- Skilling Yellow ini merupakan antara setem dari kerajaan Swedish pada tahun 1855. Pada tahun 1996, setem ini telah dijual dengan harga $ 2.3 juta menjadikannya setem yang termahal di dunia.

nota: dipetik dari blog indonesia

Pen Termahal Yang Pernah Dihasilkan...


Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, siot jer pen ni. Pen ni bertahtahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinium.



Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolobrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar desingner menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.



Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.



La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.



Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1400 berlian dan sapphire.

Ahad, 21 Ogos 2011

10 Kereta Api Paling Laju Di Dunia...

Kereta api merupakan pengangkutan awam yang sangat terkenal dan disukai ramai sejak zaman dahulu lagi. Mungkin kerana kos tambang yang rendah bagi sesetengah negara dan kita mampu untuk sampai ke destinasi dengan kadar yang segera. Kali ini kita kongsikan senarai top 10 negara yang mempunyai kereta api paling pantas di dunia.


10) Russia



Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang

Kereta api paling pantas di Rusia ini ada di laluan Moscow – St. Petersburg dan mula diperkenalkan pada Disember 2009. Jentera buatan Jerman ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah berjaya mencecah kelajuan sehingga 175 batu sejam dalam satu ujian pada tahun 2009.


9) Taiwan



Kereta Api: THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 penumpang

Projek kereta api kelajuan tinggi di Taiwan menelan belanja sebanyak $1.8 billion dan merupakan projek kereta api dengan biayaan persendirian terbesar di dunia. Ia telah berjaya menyingkatkan perjalanan dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaohsiung yang sebelum ini memakan masa 4.5 jam menjadi hanya 90 minit.



8) Korea Selatan



Kereta Api: KTX-I
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 penumpang

Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan diberi nama Korea Train Express (KTX) membawa lebih 100 ribu orang penumpang setiap hari ke sesuah destinasi. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan berjaya memendekkan masa perjalanan Capital Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan menjadi 2 jam 45 minit, separuh daripada masa yang diperlukan sebelum ini.


7) United Kingdom



Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 penumpang

Mula beroperasi pada 1994 dan menghubungkan England dengan bandar-bandar di France dan Belgium melalui terowong laluan bawah tanah yang dikelani sebagai “Chunnel”. Dengan lebih 27 keretapi ia menghubungkan lebih 100 destinasi seluruh Eropah dan telah menjangkau penumpang ke 100 juta pada 2009. Ia telah mencatatkan record kereta api terlaju di Britain dengan kelajuan 208 batu sejam pada tahun 2003, memadamkan rekod awal pada tahun 1979.


6) Itali



Kereta Api: ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang

ETR 500 ini adalah kereta api paling pantas di Itali dan telah mencatatkan rekod kelajuan 225 batu sejam pada tahun 2009 dalam perjalanan dari Florence ke Bologna. Walaupun demikian, tidak ramai yang gembira dengan kemampuan kereta api ini. Terdapat yang membangkang dengan menyatakan kereta api ini akan merosakkan persekitarannya dan pembinaan landasan itu boleh membebaskan bahan kimia yang merbahaya.


5) Sepanyol



Kereta Api: AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang

Sepanyol mempunyai rangkaian kereta api paling panjang di Eropah dengan jarak landasan 3,433 batu. AVE Class 103 dibina oleh Siemens dan telah mencatatkan rekod kelajuan 251 batu sejam pada tahun 2007. Ia berjaya mengurangkan masa perjalanan dari Madrid ke Lisbon, Portugal dari 9 jam kepada 2 jam 45 minit. Sepanyol telah mengehadkan hadlaju maksimum untuk kereta api komersial menjadi 186 mph untuk tujuan keselamatan.


4) Jerman



Kereta Api: Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jerman adalah antara pelopor teknologi kereta api kelajuan tinggi di dunia. Ia juga merupakan tanah kelahiran syarikat Siemens. Walaupun teknologi kereta api magnetik dibangunkan di Jerman ia tidak pernah dikomersialkan. Teknologi tersebut mempunyai banyak kelemahan termasuklah kos yang tinggi dan kemalangan yang mengorbankan 25 nyawa semasa ujian pada tahun 2006.


3) China



Kereta Api:
CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang

China mempunyai jaringan kereta api kelajuan tinggi paling panjang di dunia dengan jarak melebihi 6,000 batu. Jaringan kereta api kelajuan tinggi di China baru bermula pada tahun 2007 dan telah mendapat sejumlah 40.6 juta penumpang pada 2 tahun pertama. Pihak kerajaan berharap agar dapat memperluaskan lagi jaringan kereta apiberkelajuan tinggi sehingga 28, 000 batu menjelang hujung tahun 2015.


2) Perancis



Kereta Api: TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

TGV V150 telah mencatatkan rekod kelajuan 357 mph pada tahun 2007 dan telah menjadi kereta api ke dua terlaju di dunia. Teknologi TGV telah digunakan dalam kereta api di kebanyakkan negara di Eropah termasuklah UK, Belgium, Belanda dan Jerman.


1) Jepun



Kereta Api: JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.

Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003.

10 kerajaan terbesar dalam sejarah dunia...

Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )








Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.


Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.

Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.

Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.
Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.

8 Kerajaan Parsi ( Persia )


Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.

Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.

Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

7. Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )



Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno. Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.

Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.

Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

6 Dinasti Han




Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.

Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.

Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.

Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

5 Kerajaan Inggeris


Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat penduduk dunia.

Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.

Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.

Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

4 Kerajaan Rom Suci



Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya. Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.

Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.

Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.

Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.

3 Kerajaan Rusia


Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917. Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.

Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

2 Kerajaan Mongol



Semuanyabermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.

Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.

Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

1 Kerajaan Rom


Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaan.

Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.

Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.

Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.

Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.

Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini.

Khamis, 18 Ogos 2011

Kalau Binatang Ade facebook..Ape Status yg akan diupdate oleh Diaekor ye???

Cicak : tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih….

Nyamuk : abis ronda rumah Ajoi….kenyang burp, Alhamdulillah.

Aedes: baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri
kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : kawan2…kalu esok gw tak update…bererti gw uda di goreng….i luv u all….ToT

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

kucing: baru je add awek sebelah umah..parsi beb!

tikus: operasi malam ni..selongkar kitchen kabinet..sape nak ikot?

Jumaat, 12 Ogos 2011

Alasan Ilmiah di Balik Larangan khalwat diantara lelaki dan wanita...


Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui alasan ilmiah di balik perintah itu.

Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?

Baru-baru ini, sebuah penelitian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.

Para peneliti di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarik yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam tubuh. Meskipun subjek penelitian mencuba untuk melakukan penelitian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi penelitian. Namun hal tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari sekresi hormon tersebut.

“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan memiliki proporsi tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah temuan kajian ilmiah baru-baru ini yang dimuat pada Daily Telegraph!

Para ilmuwan mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk kinerja tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan proporsi yang rendah, namun jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian dapat menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan berakibat pada diabetes dan penyakit lainnya yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.

Bentuk yang menyerupai alat proses hormon penelitian tersebut berkata bahwa stres yang tinggi hanya terjadi ketika seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada saat wanitanyamemiliki daya tarik lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan terjadi efek dari hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki aneh, hormon ini tidak naik. Hanya ketika sendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita yang aneh!

Para peneliti mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membangun hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam penelitian lain, para ilmuwan menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika diulang, mereka memimpin dari waktu ke waktu untuk penyakit kronis dan masalah psikologis seperti depresi.


Kita semua tahu hadits yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang laki-laki berkhlawat dengan wanita kecuali setan adalah yang ketiga, hadits ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnyaI . kerana itu Nabi s.a.w melalui syariat ini menginginkan kita menghindari banyak penyakit sosial dan fizik.

Ketika seorang beriman mampu menghindari diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan menghindari diri dari berkhalwat dengan mereka, maka ia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit epidemi dan masalah sosial, dan mencegah individu dari berbagai penyakit …

Kami sampaikan kepada mereka yang tidak puas dengan agama kami yang hanif: Bukankah Islam sebagai agama layak dihormati dan diikuti?



Rabu, 10 Ogos 2011

Perhatian, senarai Kuih yang merbahaya!!!

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang
Kuih suka pow = Pau
Kuih disebalik batu = Cucur Udangzzzzz

hahaha...gurau2 je...huhuhu

Rabu, 3 Ogos 2011

Statistik Gempa Bumi Zaman Berzaman...

Berikut adalah statistik gempa bumi-gempa bumi besar yang melanda dunia dari zaman dahulu hingga sekarang beserta gambar. Statistik dari The Geological Society of London.

1906: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.8, Kematian: 3,000, kos : $524 juta


1908: Italy (Messina). Skala Richter: 7.5, Kematian: 25,926, kos: $ 116 juta



1923: Japan (Tokyo-Yokohama). Skala Richter: 8.3, Kematian: 142,800, kos : $ 2,800 juta


1936: Pakistan (Quetta). Skala Richter: 7.5, Kematian: 35,000, kos: $ 25 juta


1939: Chile (Concepcion). Skala Richter: 8.3, Kematian: 28,000, kos :$100 juta


1939: Turkey (Erzincan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 36,740, kos : $20 juta


1960: Morocco (Agadir). Skala Richter: 5.9, Kematian: 12,000, kos : $120 juta


1970: Peru (Chimbote). Skala Richter: 7.7, Kematian: 67,000, kos : $550 juta


1976: China (Tangshan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 290,000, kos : $5,600 juta

1976: Guatemala (Guatemala City). Skala Richter: 7.5, Kematian: 22,084, kos : $1,100 juta


1985: Mexico (Mexico City). Skala Richter: 8.1, Kematian: 10,000, kos : $4,000 juta


1988: Armenia (Spitak). Skala Richter: 6.9, Kematian: 25,000 kos : $14,000 juta


1989: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.0, Kematian: 68, kos : $6,000 juta


July 1990, Baguio City, Philippines. Kematian : 5000.


1995: Japan (Kobe). Skala Richter: 7.2, Kematian: 6348, kos: $200,000 juta


1999: Turkey (Kocaeli). Skala Richter: 7.4, Kematian: 19,118, kos :$ 20,000 juta


2004: Lautan Hindi gempa bumi dan tsunami. Skala Richter: 9.2, Kematian: 230,000,kos: Tidak pasti


2008: Sichuan Province. Skala Richter: 8.0, Kematian: 68,000, kos : $20,000 juta


2010: Chile (Maule Region). Skala Richter: 8.8, Kematian: 486


2011: Japan. Skala Richter: 8.9 : Kematian dan kos: Belum Pasti

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

(Az-Zalzalah Ayat 1-3)
__________________