Sabtu, 9 April 2011

Hikmah Ayat Al-Kursi Menurut Hadis...

Assalammualaikum....

Mari kita kongsikan bersama kelebihan ayat Al-Kursi menurut hadis....
Mari kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari...

Hikmah Ayat Al-Kursi Menurut Hadis

1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah sehingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk ke dalam syurga, dan barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya,

4. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardu, Allah SWT akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

5. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya –mereka semua memohon dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga matu syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah Bin Ámr r.a , Rasulullah S.A.W bersanda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....

cara Rasulullah SAW bergurau....

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga".
"Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Maksudnya, di dalam syurga, semua orang akan dijadikan muda dan akan tiada org tua.

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Selasa, 5 April 2011

betapa hinanya manusia yang meninggalkan solat...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu@ isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"

Jadi,
sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

*peringatan utk diri sendiri jugakk. same-same kite muhasabah!

Menutup Aurat atau Membalut Aurat...

Definisi menutup dan membalut jauh perbezaannya. Sebagai contoh jika kita membeli satu tong hitam untuk dijadikan tong sampah maka ia akan dibekalkan dengan penutupnya atau sesetengah orang memanggilnya tudung. Jika kita menggunakan tong sampah tanpa tudungnya akan menyebabkan sampah itu akan diterbangkan angin dan sebaliknya kita membalut tong sampah, ia seakan-akan menunjukkan kita tidak cerdik. Mengapa perlu membalut tong sampah tersebut sedangkan telah dibekalkan penutup atau tudungnya?

Di bawah ini ada ayat-ayat yang dipetik dari kitab suci al-Quran yang menjelaskan secara jelas dan terang. Adakah wanita disuruh menutup aurat atau membalut aurat mereka? Cuba anda perhatikan atau cari ayat yang manakah menerangkan wanita perlu membalut aurat mereka dan bukannya menutupinya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Surah Al-A'raaf: 26.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Surah An-Nur: 24.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



* - Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
Surah Al-Ahzab: 59.

Renungkanlah wanita-wanita yang bernama BINTI dan status agama dalam pengenalan bernama ISLAM. Ia bukan sekadar untuk suka-suka jika kita membalut aurat. Dalam al-Quran tidak pernah menyebut untuk membalut aurat sebaliknya menutup aurat. Maka kita ikutlah seperti yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan jangan diada-adakan benda yang tidak ada.