Jumaat, 20 Mei 2011

BERSIN...

B E R S I N merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W. menyaran kepada sesama muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapnya dengan ucapan 'Alhamdulillah'.

Antara adab ketika bersin ialah perlahankan suara, meletakkan tangan atau tisu atau sapu tangan di atas mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan dan juga jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar.
Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat ditarjihkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.

Tahukah anda apabila bersin, degupan jangung anda akan terhenti sedetik.... dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "yahdikumullah wa yushlihabalakum"....

Selasa, 10 Mei 2011

kisah tauladan....

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda pengembara bernama Ahmad. Ahmad adalah seorang pengembara yang soleh dan taat kepada Allah. Hutan, gunung serta padang pasir telah dilalui dalam pengembaraannya.
Suatu ketika disaat Ahmad sedang menyusuri sebuah sungai. Dia merasa dahaga yang tidak terhingga, kerana hari memang sangat panas sekali. Ahmad pun kemudian berhenti dipinggir sungai untuk minum dan mencuci mukanya. “Alhamdulillah….. terimakasih ya Allah, engkau telah memberikan keselamatan kepadaku dengan air sungai ini”. Tiba-tiba Ahmad melihat sesuatu mengapung-apung disungai menuju kearahnya. Tanpa berfikir panjang Ahmad pun kemudian mencebur dan mengambilnya yang ternyata adalah seiji appel. “Ini mungkin rezeki untukku”. Ahmad kemudian memakan appel itu. Tetapi disaat appel itu termakan hampir habis, Ahmad teringat sesuatu. “Astaghfirullah, Kalau ada buah appel terjatuh, bererti disekitar sini ada sebuah kebun. Dan bila ada sebuah kebun, mungkin kebun itu ada yang memiliki. Ya Allah Ampunilah hambamu yang telah memakan buah ini tanpa meminta izin kepada pemiliknya. Sebaiknya aku mencari dimana pemilik kebun dari buah ini.
Ahmad pun kemudian menyusuri sungai itu tanpa merasa letih. Dan benarlah, ternyata dihujung sebuah hulu sungai ada sebuah kebun appel yang sangat luas. Ahmad kemudian mendatangi kebun itu dan mencari pemiliknya. Disaat Ahmad sedang mencari tiba-tiba seorang datuk mengejutkannya.
“Assalamu’alaikum. Sedang mencari apa gerangan anak muda?”
“Waalaikumussalam… Apakah bapak tau siapa pemilik kebun appel ini?”
“Sayalah pemiliknya. Kenapa ?
“Jadi, jadi pemilik kebun ini adalah bapak sendiri. Oh.. Kebetulan sekali. Saya minta maaf kerana saya telah memakan sebuah appel yang saya duga berasal dari kebun bapak”.
“Dimana engkau menemukannya anak muda?” tanya datuk itu.
“Disebuah sungai disaat saya sedang minum dan membasuh muka saya”.
Datuk Pemilik kebun appel itu terdiam dan menatap mata Ahmad dengan tajam. Ahmadpun kemudian berkata, “Maafkanlah saya pak, saya siap menerima hukuman apapun dari bapak. Apapun hukumannya, asalkan bapak memaafkan saya”.
“Ya, ya ya…. Kalau begitu kau akan menerima hukuman dariku”. Kata datuk itu seraya terus menatap tajam mata Ahmad.
“Silahkan Pak apa hukuman yang akan aku terima ?”
“Kau harus membersihkan kebunku selama satu bulan penuh”
“Baiklah pak, saya akan menjalankan hukuman itu dengan ikhlas karena Allah” Kata Ahmad sabar.
Demikianlah, berhari-hari Ahmad membersihkan kebun appel itu dengan rajin dan senang. Dia berharap dapat menghapus kesalahan yang telah dilakukannya. Hingga tidak terasa satu bulan penuh Ahmad telah menjalankan hukuman. Ahmadpun kemudian mendatangi pemilik kebun itu.
“Saya telah menjalankan hukuman untuk membersihkan kebun selama satu bulan penuh. Dan hari ini adalah hari yang terakhir, Apakah ada hukuman lain untuk menebus kesalahan saya?” Tanya Ahmad.
“Ada. Aku mempunyai seorang anak gadis bernama Rokayah. Dia buta, tuli, bisu dan lumpuh. Kau harus menikahinya.Jawab datuk pemilik kebun
Bukan cuman terkejut, Ahmadpun gementar. Tubuhnya berkeringat. Karena Ahmad berfikir begitu berat ujian dan hukuman yang dia terima. pemilik kebun itupun bertanya.
“Kenapa, apakah kau tidak bersedia?” tanya pemilik kebun itu membuat Ahmad berfikir. Tidak lama kemudian Ahmad dapat menguasai diri. Dia yakin apabila pemilik kebun tidak memaafkannya, maka Allahpun tidak akan memaafkan kesalahannya yang telah memakan appel yang bukan miliknya.
“Baiklah, saya akan penuhi. Saya ikhlas kerana Allah untuk menikahi anak datuk. Jawab Ahmad
Dengan kesabaran dan keikhlasan Ahmadpun kemudian menikahi gadis pemilik kebun appel. Disaat selesai pernikahan, Ahmad hendak memasuki bilik pengantin yang didalamnya telah menunggu anak gadis pemilik kebun appel
“Assalamu’alaikum”…. Ucap Ahmad seraya membuka tirai bilik.
“Wa’alaikummussalam, Silahkan masuk. Aku telah menunggu sedari tadi” Seorang gadis menjawab dari dalam bilik.
Ahmad terkejut bukan kepalang mendengar jawaban itu.
“Oh, maafkan saya. Mungkin saya salah memasuki bilik ini. Sebenarnya saya mencari gadis bernama Rokayah. Dia anak pemilik kebun appel”. Kata Ahmad bingung.
“Sayalah yang engkau cari”. Jawab gadis itu
“Oh tidak…. Tidak mungkin”.
Ahmad pun berlalu dengan tergesa meninggalkan gadis itu dan menemui pemilik kebun.
“Sebelumnya maafkan saya yang telah lancang memasuki sebuah bilik seorang gadis cantik. Tapi… dimanakah sebenarnya bilik Rokayah isteri saya?” Tanya Ahmad
“Kau tidak salah. Yang kau masuki memang bilik Rokayah anakku satu-satunya. Dan yang didalam bilik memang anakku. Dialah Rokayah”.
“Tetapi kenapa saya tidak melihat dia buta, tuli, bisu dan lumpuh?” Tanya Ahmad.
“Anakku….. Rokayah memang buta, tuli, bisu dan lumpuh. Tapi yang aku maksud dia buta, kerana dia tidak pernah menggunakan kedua matanya untuk melihat hal-hal yang buruk. Dia tuli, kerana telinganya tidak pernah digunakan untuk mendengarkan pembicaraan-pembicaraan yang buruk. Dia bisu, kerana dia tidak pernah menggunakan mulutnya untuk berbicara kotor. Dan dia lumpuh, kerana dia tidak pernah berjalan ketempat-tempat maksiat. Sekarang segeralah kau kembali kebiliknya. Temuilah dia yang sekarang menjadi isterimu”.
Betapa bahagianya Ahmad yang ternyata mendapatkan seorang isteri yang bukan cantik jelita, namun seorang gadiis yang beriman dan taat kepada Allah.