Rabu, 3 Ogos 2011

Statistik Gempa Bumi Zaman Berzaman...

Berikut adalah statistik gempa bumi-gempa bumi besar yang melanda dunia dari zaman dahulu hingga sekarang beserta gambar. Statistik dari The Geological Society of London.

1906: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.8, Kematian: 3,000, kos : $524 juta


1908: Italy (Messina). Skala Richter: 7.5, Kematian: 25,926, kos: $ 116 juta



1923: Japan (Tokyo-Yokohama). Skala Richter: 8.3, Kematian: 142,800, kos : $ 2,800 juta


1936: Pakistan (Quetta). Skala Richter: 7.5, Kematian: 35,000, kos: $ 25 juta


1939: Chile (Concepcion). Skala Richter: 8.3, Kematian: 28,000, kos :$100 juta


1939: Turkey (Erzincan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 36,740, kos : $20 juta


1960: Morocco (Agadir). Skala Richter: 5.9, Kematian: 12,000, kos : $120 juta


1970: Peru (Chimbote). Skala Richter: 7.7, Kematian: 67,000, kos : $550 juta


1976: China (Tangshan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 290,000, kos : $5,600 juta

1976: Guatemala (Guatemala City). Skala Richter: 7.5, Kematian: 22,084, kos : $1,100 juta


1985: Mexico (Mexico City). Skala Richter: 8.1, Kematian: 10,000, kos : $4,000 juta


1988: Armenia (Spitak). Skala Richter: 6.9, Kematian: 25,000 kos : $14,000 juta


1989: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.0, Kematian: 68, kos : $6,000 juta


July 1990, Baguio City, Philippines. Kematian : 5000.


1995: Japan (Kobe). Skala Richter: 7.2, Kematian: 6348, kos: $200,000 juta


1999: Turkey (Kocaeli). Skala Richter: 7.4, Kematian: 19,118, kos :$ 20,000 juta


2004: Lautan Hindi gempa bumi dan tsunami. Skala Richter: 9.2, Kematian: 230,000,kos: Tidak pasti


2008: Sichuan Province. Skala Richter: 8.0, Kematian: 68,000, kos : $20,000 juta


2010: Chile (Maule Region). Skala Richter: 8.8, Kematian: 486


2011: Japan. Skala Richter: 8.9 : Kematian dan kos: Belum Pasti

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

(Az-Zalzalah Ayat 1-3)
__________________

Selasa, 2 Ogos 2011

9 Jenis Peluru Berpandu Yang Pernah Diciptakan Manusia...

Peluru berpandu atau misil adalah senjata roket militer yang biasa dikendalikan atau mempunyai sistem kawalan automatik untuk mencari sasaran atau menyesuaikan arah. Dalam penggunaan seharian, istilah 'missile' merujuk kepada roket dengan sistem kawalan, sedangkan 'roket' digunakan untuk roket tanpa sistem kawalan. Perbezaan utama di antara dianggap sangat sedikit selain perbezaan sistem kawalan.



1. Peluru Berpandu Balistik



Peluru berpandu balistik adalah peluru berpandu yang memakai lintasan trayektori yang ditentukan oleh balistik dalam sistem pengirimannya. Peluru berpandu ini hanya dikendalikan dalam masa pelancaran sahaja. Peluru berpandu balistik yang pertama adalah roket V-2 yang dibangunkan oleh Nazi Jerman pada 1930-an dan 1940-an atas arahan daripada Walter Dornberger. Peluru berpandu balistik boleh dilancarkan dari lokasi tetap seperti silo peluru berpandu, kenderaan pelancar, pesawat, kapal atau kapal selam. Tahap pelancaran boleh berlangsung dari puluhan saat sehingga beberapa minit dan boleh terdiri sampai dengan tiga tingkat roket. Trayektori peluru berpandu balistik terdiri daripada tiga tahap iaitu tahap pelancaran, tahap terbang bebas dan fasa memasuki kembali atmosfera Bumi.



2. Peluru Berpandu Jelajah



Peluru berpandu jelajah adalah peluru berpandu yang memakai sayap dan menggunakan jet sebagai tenaga penggerak. Peluru berpandu jelajah didalamnya adalah bom terbang. Peluru berpandu jelajah direka untuk membawa hulu ledak konvensional dalam jumlah besar atau nuklear dan boleh menjangkau beratus-ratus batu dengan tingkat ketepatan tinggi. Peluru berpandu jelajah moden boleh terbang mencapai kelajuan supersonik atau di atas subsonik, dengan menggunakan sistem kawalan automatik dan terbang pada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar. Peluru jelajah pertama yang dibangunkan adalah Kettering Bug yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada 1917 untuk digunakan dalam Perang Dunia I. Peluru ini terbang lurus untuk waktu yang telah ditentukan sebelumnya kemudian sayapnya akan dilepaskan untuk kemudian badan peluru berpandu yang mengandungi hulu peledak jatuh menghentam tanah. Peluru ini tidak pernah digunakan dalam perang kerana Perang Dunia I selesai sebelum peluru berpandu ini boleh digunakan. Peluru jenis ini yang terkenal antara lain adalah BGM-109 Tomahawk AS yang dapat mencapai liputan 1,100 km.



3. Peluru Berpandu Anti-Kapal





Peluru berpandu anti-kapal adalah peluru yang fungsi utamanya adalah untuk menghancurkan kapal permukaan. Kebanyakan peluru berpandu anti-kapal menggunakan sistem pemandu inersial dan pelacak radar aktif. Rudal anti-kapal adalah salah satu dari sekian peluru berpandu jarak pendek yang digunakan dalam Perang Dunia II. Jerman menggunakannya untuk menenggalamkan banyak kapal sekutu sebelum pihak sekutu mencari cara untuk mengatasinya (prinsipnya dengan radio jamming). Peluru anti-kapal boleh dilancarkan dari kapal, kapal selam, pesawat, helikopter dan kenderaan darat. Peluru anti-kapal yang terkenal dalam sejarah adalah Peluru Jerman, Fritz X dan Henschel Hs 293.



4. Peluru Berpandu Darat Ke Udara



Peluru berpandu darat ke udara adalah peluru berpandu yang dilancarkan dari darat untuk menghancurkan pesawat. Istilah terkenal untuk peluru jenis ini adalah SAM yang merupakan singkatan dari peluru berpandu darat ke udara dalam Bahasa Inggeris iaitu suface-to-air missile. Peluru darat ke udara boleh dilancarkan dari lokasi tetap atau kenderaan pelancar. SAM terkecil yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet boleh dibawa dan dilancarkan oleh seorang tentera. SAM juga boleh dilancarkan dari kapal, contoh dari jenis ini adalah Aegis.



5. Peluru Berpandu Udara Ke Udara



Peluru berpandu udara ke udara adalah peluru yang dipasang di dalam kapal terbang dengan target menghancurkan pesawat musuh. Rudal udara ke udara yang terkenal antara lain adalah AIM-9 Sidewinder buatan Amerika Syarikat. Peluru jenis ini dapat mengesan target dengan menggunakan pelacak radar, inframerah atau laser. Rudal udara ke udara umumnya berbentuk panjang, silinder tipis untuk mengurangkan kesan geseran pada kelajuan tinggi. Peluru ini umumnya digerakkan oleh satu atau lebih roket bahan berbakar padat atau cair. MBDA Meteor buatan United Kingdom menggunakan ram jet dan dapat mencapai kelajuan Mach 4.



6. Peluru Berpandu Anti-Tank



Peluru berpandu anti-tank adalah peluru yang fungsi utamanya adalah menghancurkan tank (kereta kebal) atau kenderaan lapis waja yang lain. Peluru anti-tank generasi pertama seperti AG-3 Sagger dikendalikan dengan menggunakan joystick. Peluru anti-tank generasi kedua seperti BGM-71 TOW dan AGM-114 Hellfire menggunakan radio, penanda buku laser atau kamera di hujung peluru berpandu. Peluru anti-tank generasi ketiga seperti FGM-148Javelin buatan AS dan Nag buatan India adalah dari jenis 'tembak dan lupakan'. Nag menggunakan pelacak inframerah serta gelombang milimeter.



7. Peluru Berpandu Anti-Balistik



Peluru berpandu anti-balistik adalah peluru berpandu dengan fungsi utama untuk menyergap dan menghancurkan peluru berpandu balistik lawan. Peluru anti-balistik jarak pendek antara lain adalah dari Arrow buatan Israel dan MIM-104 Patriot buatan AS. Sedangkan rudal anti-balistik yang dirancang untuk melawan ICBM sebelumnya hanya ada dua iaitu Safeguard AS yang menggunakan LIM-49A Spartan dan Sprint serta A-35 Rusia. A-35 kemudian dikembangkan menjadi A-135 yang menggunakan Gorgon dan Gazelle. Amerika Syarikat kemudian mengembangkan Ground-Based Midcourse Defense.



8. Peluru Berpandu Anti-Satelit



Peluru berpandu anti-satelit adalah peluru yang memiliki fungsi untuk menghancurkan satelit buatan musuh. Peluru jenis ini antara lain adalah Anti-satellite weapons (ASAT) yang dilancarkan dari pesawat. peluru jenis ini juga masih dalam tahap pembangunan.



9. Torpedo





Torpedo adalah projectile bergerak sendiri yang dilancarkan dari atas permukaan atau di bawah paras air yang kemudian meluncur di bawah permukaan air, direka untuk meletup pada kenalan atau jarak tertentu dengan sasaran. Torpedo boleh dilancarkan dari kapal, kapal selam, helikopter, pesawat dan dasar laut. Beberapa contoh torpedo moden antara lain MK 48 AS yang dilancarkan dari tabung torpedo kapal selam dan menggunakan sonar pasif atau aktif, serta VA-111 Shkval buatan Rusia yang menggunakan kesan superkavitasi dapat mencapai kelajuan 200 knot atau 370 km / jam.

Kemalangan2 Paling Mahal Di Dunia...

10.Titanic ($150 Juta)



Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)


9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)



Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.


8. MetroLink Crash ($500 Juta)



Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.


7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)



B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.


6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)



Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.


5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)



Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.


4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)



Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.


3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)



Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.


2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)



Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.


1. Chernobyl ($200 Billion)



Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.