Ahad, 20 November 2011

Pak Pandir dan Ajoi....

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. kelihatan pak pandir duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..

Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba dengan rase belas kasihan ajoi menghampirinya dan bertanya...

Ajoi : "Pak pandir ni memancing untuk apa?"

Pak Pandir : "Untuk makan"

Ajoi : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya Pak Pandir malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...

Sambil makan Ajoi bertanya..

Ajoi : "Pak Pandir mancing di paya tu ada ikan ke?"

Pak Pandir : "Oh ada"

Ajoi : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Pak Pandir : "Kamu yang kelima""



Ajoi : "Apa yang Pak Pandir bawa tu?"

Pak Pandir : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Ajoi : "Emmmm.. tiga kot..?"




Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki bernama Ajoi yang bercadang membeli petai itu ...

Pak Pandir : Wah!nampak ensem encik ni..sape nama??dari mana??

Ajoi : Nama saya Ajoi..dari kuala lumpur nak balik ke kampung di kuala pilah..

Pak Pandir : Encik Ajoi adalah pelanggan bertuah!..Satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau Encik Ajoi ambil semua, kira murah...RM20 sahaja.

Ajoi : Bangganya saya..Berapa longok semuanya?

Pak Pandir : Semuanya 20 longgok ...




Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager,Encik Ajoi minta cuti ...

Pak Pandir : Tuan Ajoi, saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Ajoi : Cuti seminggu...hmm oklah, saya bagi Pak Pandir cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Ajoi : Kenapa dua minggu cuti?

Pak Pandir : Saya minta seminggu cuti. Tuan Ajoi bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah .

Makne sebalik rambut...

01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil

07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... usaha kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..

CINTA, KASIH, SAYANG dan HATI...(Sebelum Dan Selepas)

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la....