kesihatan diri amat penting terutama bagi golongan wanita sarat mengandung... tiada gunanya harta yang mampu membeli satu semesta jika tubuh terdampar seperti lembu korban yang menunggu masa daging dilapah manusia... andai soalan bagaimana menjaga kesihatan diri luar dan dalaman ditujukan kepada atlit serta pengurus pusat kecantikkan dan rumah urut, tentu jawapan mereka hanya satu, nescafe!
dengan bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta aroma yang memikat jiwa raga dan sanubari setiap individu membuatkan nescafe sesuai dihidangkan di waktu selepas subuh dan lewat malam... kandungan 135mg kafein dalam setiap 200 gramnya sangat sesuai bagi golongan anak muda liar yang tidak pandai bermimpi di malam hari.... namun tidak salah bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia...
Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol, suatu keadaan yang sebenarnya akan mendukung performa seorang atlit. akan tetapi jika anda seorang yang berbadan melampau sihat dan tidak mampu melaksanakan sebarang kegiatan sukan di padang mahupun semasa kokurikulum sekolah, maka anda menempuh bahaya kafein di mana peningkatan adrenalin akan mengakibatkan jantung menjadi berdebar-debar, fikiran jadi tak keruan dan meracau seperti lembu, peningkatan suhu normal badan dan juga banyak menghasilkan keringat kepam...
Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan nescafe menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda yang menjadi kegilaan datin-datin lewat umur menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan nescafe. Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan mangsa kajian yang mengambil minuman nescafe secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson. baki 20 peratus daripada mereka sudah selamat dikebumikan...
untuk tidak menafikan kebaikkan nescafe, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
berdasarkan fakta-fakta sah di atas, ternyata nescafe membawa banyak manfaat daripada keburukkan... sekurang-kurangnya minumlah nescafe segelas sehari walau dengan cara apa sekalipun termasuklah mengambil tanpa izin kepunyaan teman serumah... kecantikkan adalah hak milik setiap insan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan