Pada satu hari yang redup, seperti yang dirancangkan melalui yahoo messenger, Napi, Leman dan Ajoi bertemu di ibu kota setelah tidak berjumpa beberapa tahun selepas tamat pengajian. Persetujuan dicapai dan lalu mereka bertiga lekas ke outlet KFC yang terdekat untuk mentekedarah sambil-sambil mengimbau kembali zaman persekolahan yang telah mereka lalui bersama.
Setiba sahaja ke dalam KFC tersebut, mereka dapati terdapat ramai orang yang beratur untuk memesan makanan. Berpadananlah kerana waktu tersebut adalah waktu orang ramai keluar menjamu makanan tengah hari. Setelah mengagak-agak barisan mana yang paling pendek, mereka bertiga pun bersama-sama orang lain beratur untuk membeli makanan di kaunter KFC.
Sambil-sambil menunggu di barisan, mereka bertiga sempat berbual-bual diselangi tawa riang. Setiba di kaunter KFC, si Leman seperti biasa membeli makanan kegemarannya di KFC. Set nombor 1,3 dan juga 5. Setelah selesai membayar duit, Leman pun pergi dari kaunter tersebut bersama dengan makanannya. Kini tibala giliran Napi pula untuk memesan makanan.
Cashier: Selamat tengah hari encik. Makan sini atau bungkus?
Napi: Makan sini.
Cashier: Encik nak hidangan nombor berapa?
Napi: Chop stick satu.
Cashier: Chop stick???
Napi: Yela chop stick. (Nada Napi sedikit marah)
Cashier: Err...chop stick?
Napi: Kan ada dalam iklan kat tv tu. Chop stick!!! Takkan takde plak.(nada Napi yang sudah mula dirasuk kemarahan)
Cashier: ...............
Cashier: Err..ok. Chop stick satu. Lagi?
Napi: Coke dgn kentang goreng. Tu je. (Dengan nada yang sudah berasa jengkel dengan sikap cashier tersebut)
Cashier: Err...CHOP STICK satu, coke satu dan kentang goreng satu. Sila tunggu sebentar ye encik.
Selepas membayar, Napi pun pergi ke arah Leman yang sedang duduk di meja sambil melambai-lambai tangannya. Tak lama kemudian dituruti oleh Ajoi yang juga telah membeli makanan. Makanan lah mereka bertiga dengan rakusnya. Tiba-tiba Ajoi bersuara.
Ajoi: Apebende name yang ko makan ni?
Napi: Chop stick. (kata Napi penuh yakin)
Ajoi: Ni ciken cop la. Ni ada tulis kat kertas atas meja ni.
Napi: ................
Lalu Napi pun memandang ke arah cashier tadi dengan muka merah padamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan