Isnin, 21 Februari 2011

pemilik rm1...

.21 jan , Seorang budak sekolah terjumpa duit RM1 dalam longkang lalu ambil duit itu dibawa ke sekolah .

Berita 21 jan : seorang budak sekolah telah jadi sawan sebab dipercayai telah terserempak hantu kertas bewarna biru datang mengacaunya di sekolah dan membuat budak itu terjerit sehingga hendak terjun bangunan dari tingkat 4 sekolah itu , budak itu kemudian berjaya ditenangkan oleh pihak berkuasa dan dirawat di hospital budak berdekatan .

22 jan , seorang doctor merawat seorang pesakitphobia yang baru masuk hospital semalam dan terjumpa RM1 di poket seluar pesakit itu .

Berita 22 jan : seorang doctor pakar phobia telah ditemui dalam keadaan separuh mati di sebuah lebuh raya .kejadian itu berlaku kerana dipercayai semasa dia pulang ke rumah dari kerja , isterinya tiba-tiba mati terkejut , dia cuba merawat isterinya tetapi tersentuh pelita menyebabkan api pelita itu membakar langsir dan api mula merebak . doctor yang panic cuba mengambil pemadam api tapi dah abis . lepas itu doctor itu membawa isterinya menaiki kereta untuk ke hospital tetapi di pertengahan jalan , kereta beliau tiba-tiba melanggar 5 buah lori menyebabkan isterinya tercampak sejauh 30 meter dan doctor itu cedera separuh mati.

23 jan , seorang pegawai polis ternampak duit RM1 di jalan raya yang juga tempat berlaku insiden kemalangan kereta berlanggar 5 buah lori lalu mengambilnya.

Berita 23 jan : seorang anggota polis ditemui mati pukul 2 petang tadi disebuah lorong sunyi kerana dipercayai ketika beliau meronda di sebuah lorong tepi sungai dengan motor, tiba2 motor beliau tercabut brek kaki dan tangan serta kedua-dua tayar motor pancit .motor beliau hilang kawalan dan masuk ke dalam sungai . selepas itu beliau dipercayai dikejar oleh 5 ekor buaya yang cuba makan beliau dan beliau sempat naik ek tebing tetapi tiba-tiba sebiji batu entah dari mana menyebabkan beliau pening kepala dan seorang perompak dengan pisau dipercayai membunuh beliau dan mengheret beliau ke sebuah lorong sunyi lalu melarikan diri.

24 jan , seorang perompak cuba mengeluarkan dompet yang dicuri oleh seorang anggota polis semalam dan terjumpa duit RM1 sahaja tetapi perompak itu menyimpannya.

Berita 24 jan : seorang perompak yang membunuh polis semalam dengan mudahnya menyerah diri dalam balai polis . menurut ceritanya , dia telah masuk dalam satu rumah dan naik tingkat 2 untuk menyamun tetapi pemilik memukulnya dengan batang penyapu menyebabkan dia terjatuh dari tingkat 2 rumah itu dan tulang belakangnya patah . sellepas itu seekor anjing gila tiba- tiba mengejarnya dan menggigit dia hingga separuh mati , dalam sedar x sedar , dai berpaut pada sebuah lori , tiba-tiba bajunya tersangkut pada lori itu dan lori itu tiba-tiba bergerak . dia diseret sejauh 50 kilometer dan sampai di satu selekoh , dia dilanggar oleh sebuah trailer dan tercampak betul – betul di depan balai polis .

25 jan , seorang wartawan yang juga pembaca berita menemu ramah perompak yang malang semalam dan perompak itu memberikan duit RM1 secara senyap dan ‘thumbs up’ kepada wartawan itu . wartawan itu mengambil duit itu dan ucapkan terima kasih .

Berita 25 jan : minta maaf , berita hari ini tidak dapat disiarkan kerana pembacanya tiba-tiba koma ketika dalam perjalanan ke studio . segala kesulitan amat dikesali.

Tiada ulasan: