Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sbb sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim..."
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??"
Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
(huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)
Solat Subuh
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan