1. Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu.
2. Sekiranya air kencing kita tidak berbuih, ia bermaksud kita mengalami masalah pada buah pinggang. Air kencing yang sihat akan berbuih apabila kita kencing. Jika ingin buih yang lebih cantik dan menawan, kencinglah secara berdiri dan duduk bergilir gilir, tarik air kencing anda seperti membuat teh tarik..
Wallla…. anda pasti akan kagum dengan buih buih nya.
3. Seorang ahli akademik Thailand berkata, meminum segelas air kencing sehari dapat membantu kita menghilangkan masalah resdung, menghitamkan rambut dan melambatkan proses penuaan serta mampu merawat kanser. Tapi masalahnya…. lalu ke nak minum air kencing?? Uwekkkk yek yek yek !!
4. Air kencing yang sihat berwarna putih jernih. Sekiranya kencing anda berwarna kuning, ini bermakna tubuh anda kekurangan air. Tapi awas jika kencing anda berwarna putih susu, jika ia berlaku anda sebenarnya mengalami gangguan sexual.
5. Kita di galakkan berdehem ketika kencing. Ini kerana ketika berdehem, otot kita mengecut dan ia akan merembes keluar saki baki air kencing yang terperangkap dalam terowong laluannya. Berdehem lah sesuka hati anda tanpa menganggu jiran di tandas sebelah.
6. Anak murid biasanya lebih aktif ketika kencing daripada guru. Sebab itulah adanya peribahasa Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
7. Salah satu tanda kencing manis ialah anggota badan terutamanya kaki sentiasa terasa semut semut. Sebenarnya sewaktu itu, semut telah dapat mengesan kemanisan air kencing kita dan mereka secara invisiblenya datang untuk menyemut nyemutkan diri mereka di anggota badan kita.
8. Hati hati dengan orang yang kuat kencing. Orang yang kuat kencing itu biasanya penipu. Mereka lebih glamer di kenali sebagai Kaki Kencing atau kaki Scam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan