Ahad, 13 Mac 2011

Fitnah...

"Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh" [QS. 2:217]

Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan k...enyataan atau kebenaran.

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firmanNya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar: 32).

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' :221-223)

Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah saaw bersabda, "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."

Imam Jaafar al-Sadiq a.s berkata, "Orang yang mengada-adakan cerita palsu tentang orang Mu'min dengan tujuan untuk menghinanya, Allah akan menghinanya pada Hari Pengadilan"

Oleh itu janganlah kita suka membuat fitnah nie..tambah2 kalau kita tdk tahu menahu tentang cerita yg kita fitnahkan tersebut, dosa besar la jawabnya....

Tiada ulasan: