Selasa, 11 Januari 2011

Koleksi lawak pendek 2....

Murid Dan Cikgu

Seorang murid yang nakal bertanya pada guru fiziknya yang garang.
Murid : Cikgu! Saya ada soalan.
Cikgu : Apa dia?
Murid : Sebuah lilin yang menyala kemudian ditutup dengan gelas, lilin tersebut padam.
Mengapa cikgu?
Guru : Sebab tidak ada udara di dalam gelas.
Murid : Salah!
Guru : Habis tu?
Murid : Membuktikan bahawa kita tidak ada kerja nak buat.

Banjir

Ady adalah budak darjah 3 yang sudah tiga hari tidak masuk sekolah. Setelah masuk sekolah, Cikgu bertanya kepada Ady.
Cikgu : Ady, sini kamu! mengapa kamu tidak masuk sekolah selama tiga hari?
Ady : Anu cikgu... Kampung saya banir.
Cikgu : Jadi kamu membantu mereka?
Ady : Tidak cikgu
Cikgu : Jadi apa yang kamu buat?
Ady : Belajar berenang cikgu.

Penjual Jam

Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.
Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas.
"Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".
Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,
"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )

Malu!

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan bola sepak... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Tiada ulasan: