Khamis, 13 Januari 2011

proton perdana 2011....

Proton Perdana 2011
Proton Perdana 2011
Proton Perdana 2011
Proton Perdana 2011
Setelah berita mengenai Proton Perdana akan digantikan dengan model baru untuk kakitangan kerajaan. Proton dan DRB Hicom bersaing serta memberi cadangan kepada Perdana Menteri untuk .Susulan daripada berita yang tersebar sejak beberapa hari lepas tentang kemungkinan Nissan Fuga akan menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, Proton kelmarin tampil memberi penjelasan melalui Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Beliau yang ditemui ketika mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Pasukan Rali Proton Motorsport 2011 di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, dilaporkan berkata Proton telah menghantar cadangan kepada pihak kerajaan untuk menggantikan Perdana jenis standard dengan model Inspira dan menaik taraf Proton Perdana Eksekutif.
dalaman proton perdana fuga
dalaman proton perdana fuga
Menurutnya lagi sekarang terpulang kepada pihak kerajaan untuk membuat pilihan yang sesuai, namun Proton mengharapkan pihak kerajaan dapat membuat keputusan muktamad dalam kadar segera selewat-lewatnya sebelum suku tahun ketiga. Syed Zainal berkata Proton Inspira 2.0 CVT sesuai bagi menggantikan Proton Perdana Standard manakala Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing. Pada masa yang sama beliau turut mengakui Proton Perdana yang digunakan oleh pegawai kanan kerajaan sebelum ini menerima banyak rungutan tentang kualiti dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan ramai berpendapat ia patut ditukar kepada sebuah model baru.
Syed Zainal juga optimis yang pihak kerajaan akan memilih kereta nasional keluaran Proton berbanding DRB-Hicom yang menawarkan model Volkswagen Passat, memandangkan kriteria utama untuk menjadi kenderaan rasmi kerajaan perlulah berjenama Proton.

Tiada ulasan: